Akta Profesion Guaman Syarie 2019 atau Akta 814 akan mula dikuat kuasa pada 21 Jun 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, selepas berkuat kuasa kelak, profesion guaman syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan akan dikawal selia di bawah akta berkenaan  dalam usaha menjaga kepentingan profesion guaman syarie.
 
Datuk Idris berkata akta berkenaan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019.

Beliau berharap Akta 814 dapat memartabatkan institusi perundangan syariah dan memperkasa profesion guaman syarie melalui kawal selia profesion tersebut secara menyeluruh, setaraf dengan profesion guaman yang dikawal selia di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166].

Menurutnya lagi, Akta 814 telah ditangguh lama bagi memberi peluang supaya 10 kaedah yang perlu digubal di bawah Akta 814 ini dapat disiapkan dengan sempurna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini