Kerajaan sedang menjalankan kajian dan penggubalan Akta Sewaan Kediaman, RTA yang bermula Jun 2019 bagi melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman.

Ketika ini perjanjian penyewaan kediaman menggunakan tatacara Akta Kontrak 1950 yang bersifat umum, tidak komprehensif dan tidak melindungi sepenuhnya kepentingan penyewa dan pemilik premis.

Cadangan penggubalan RUU RTA dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri 23 Jun lalu dan mendapat kelulusan prinsip untuk dibentangkan di parlimen. 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menyemak draf awal RUU tersebut dan menyediakan dokumentasi bagi prosedur Penilaian Kesan Pelaksanaan sekiranya ia diuluskan. 

RUU RTA dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan tahun depan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini