Kementerian Kewangan merancang untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) di Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, akta tersebut merangkumi strategi hasil jangka sederhana dan prinsip panduan bagi asas hasil lebih luas serta had hutang statutori.

Menerusi Laporan Kewangan Rakyat ke-99, beliau menjelaskan sesebuah negara harus diselia dan dikawal ketat dari segi kewangan bagi menjamin sumber mencukupi.

Ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program reformasi bersesuaian yang memenuhi agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.

Reformasi berlandaskan ESG mampu membina daya tahan sosioekonomi jangka panjang dan menjadi penampan terbaik bagi sebarang kejutan dan pandemik pada masa hadapan.

Usaha negara ke arah kelestarian telah bermula menerusi rangka kerja dan sasaran kemampanan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini