Aktivis seni disaran mendampingi masyarakat atau komuniti setempat dengan berkarya sambil melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, karya seni juga perlu dipamerkan kepada masyarakat dalam ruang yang lebih terbuka dan mudah untuk didekati.

Baginda bertitah ketika merasmikan Program Seni Bersama Komuniti: Rural Art Experience di Nipah Klasik, Kampung Bunga Emas, Simpang Empat.

Seramai 50 pelukis dari dalam dan luar Perlis hadir pada program dua hari tersebut dengan pelbagai aktiviti melukis dan gotong-royong diadakan bersama penduduk setempat. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini