Semua pihak berkuasa agama negeri diminta memantau dan mengambil tindakan tegas ke atas individu atau kumpulan yang melakukan aktiviti khurafat dan berunsur sesat. Ini kerana perbuatan tersebut jelas menyalahi agama dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad, mengulas perbuatan Ibrahim Mat Zin atau ‘Raja Bomoh’ dan Puteri Zaleha mengadakan ritual menolak banjir di Teluk Intan, Perak yang tular baru-baru ini.

Jabatan Agama Islam Perak akan memanggil Ibrahim dan individu lain berhubung ritual tersebut. Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini