Gara-gara menyangkakan bayangan bergerak adalah binatang ketika aktiviti memburu, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan.

Namun, rupa-rupanya lelaki berkenaan menembak rakan sendiri, sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian mengesahkan kejadian berkenaan.

Insiden berlaku ketika mangsa dan dua rakannya sedang memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, Sarawak.

Mangsa dikenali sebagai Jembu Selukai, 36 tahun, parah di bahagian perut dan paha.

Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Kapit bersama dengan selaras senapang patah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini