Aktiviti perjudian jenis Dadu secara Langsung menggunakan aplikasi We Chat tumpas dengan tertangkapnya 13 suspek di kawasan perumahan di Sungai Petani, Kedah 25 November lepas.

Kesemua suspek berumur antara 16 hingga 64 tahun dengan tiga daripadanya merupakan pelajar sekolah menengah.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata ia aktiviti pertama dikesan di Kedah membabitkan jumlah pertaruhan dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

Katanya, polis  turut memburu seorang penganjurnya berusia 52 tahun.

Polis turut merampas beberapa peralatan perjudian termasuk komputer dan komputer riba, meja panjang, telefon bimbit serta pelbagai set permainan judi.

Tiga pelajar itu direman sehari kerana di bawah umur manakala 10 lagi suspek direman 4 hari.

Kes disiasat di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana melakukan kegiatan perjudian secara atas talian.

Jika sabit kesalahan hukuman denda sebanyak RM5,000 hingga RM50,000 dan juga boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini