Aktiviti menyiram pokok durian Musang King dan Duri Hitam dengan menggunakan sumber bekalan air terawat pada waktu malam dipercayai antara punca tekanan air rendah lebih serius di daerah Sik, ketika ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri mengesan aktiviti itu berlaku di kawasan dusun yang terletak jauh dari sumber air seperti tali air kerana petani tiada pilihan berikutan musim kemarau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di Sik.

Penduduk, katanya, akan terus menanggung gangguan bekalan air sepanjang masa akibat perbuatan itu.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan pihak yang mengusahakan tanaman pokok durian mencari alternatif untuk menyiram pokok tanpa menggunakan bekalan air terawat untuk kegunaan penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini