Pelakon popular Hong Kong, Simon Yam cedera ditikam penyerang tidak dikenali pada satu majlis promosi di China, KELMARIN.
Bagaimanapun, kecederaan yang dialami pelakon berkenaan tidak mengancam nyawa dalam insiden di wilayah Guangdong itu.
Difahamkan, lelaki memakai ves hitam meluru ke atas pentas dan menyerang Simon dengan pisau.Pengurusnya berkata pelakon berusia 64 tahun itu ditikam di perut, selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tanggannya.Penyerang itu berjaya ditangkap dan dibawa pihak berkuasa meninggalkan lokasi terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini