Jenazah Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh, 11.25 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham yang juga balu kepada bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria sebelum itu disolatkan di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Rapat.

Anak kelima arwah, Datuk Ahmad Wafi Harussani berkata, beliau dan keluarga reda dengan pemergian ibu tercinta selepas sekian lama menderita kanser paru-paru.

Allahyarham Puan Sri Ainon meninggal dunia semalam ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh, akibat demam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini