Sempena memperingati ulang tahun komander Briged Al-Qassam Ahmad al-Jabari, pejuang Hamas mengadakan pameran senjata ketenteraan di Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Kesemua asset yang dipamerkan adalah hasil ciptaan Al-Qassam dan ini sekaligus mempamer kekuatan dan inovasi pejuang yang mempertahankan bumi Palestin itu.

Antara yang dipamerkan senjata ikonik pejuang berkenaan, Al-Ghul iaitu ‘sniper’ buatan sendiri yang mampu menembak sejauh 1,200 meter.

Selain itu, peluru berpandu M-75, bom tangan, dron dan pelancar roket.

Pameran ini antara lain adalah untuk mendidik orang awam terutamanyan golongan muda mengenai perjuangan mereka.

Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam mula membangunkan senjata buatan sendiri sekitar 1990.

Menariknya, mereka hanya menggunakan bahan kita semula untuk menghasilkan asset ketenteraan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini