Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian malah semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berharap agar Keluarga Malaysia mengambil manfaat dan semangat al-Quran daripada ayat yang dibacakan.

Beliau berkata demikian dalam Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Aquran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK).

MTQJK telah diadakan secara maya selama lima hari bermula pada Jumaat lepas.

Seramai 26 qari dan qariah johan tilawah kebangsaan dan jemputan khas yang mewakili semua negeri menyertai acara berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini