Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) menetapkan sasaran untuk menjadi bank inovasi kewangan Islam menjelang 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arsalaan Ahmed memaklumkan, langkah transformasi sedang dilaksanakan menerusi inovasi digital bagi memudahkan akses pelanggan. 

Jelasnya, bank digital baharu yang berupaya menampilkan produk menarik dan keyakinan kepada pelanggan, akan turut menjadi saingan utama bank konvensional.

Bercakap dalam taklimat media pelan pendigitalan Al Rajhi Bank Malaysia secara maya, ujarnya penembusan dan urus niaga perbankan Internet merekodkan pertumbuhan dua angka dalam tempoh lima tahun lalu.

Untuk permulaan, bank tersebut akan menyasarkan sektor runcit dan perusahaan kecil dan sederhana.

ARBM turut merancang membina pasaran di luar Lembah Klang, terutama di Sabah dan Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini