Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah selamat tiba semalam bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong ,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.Pesawat khas yang membawa baginda dan isteri,Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 12 tengahari.Ketibaan pasangan diraja Brunei itu disambut sendiri oleh Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.Pasangan diraja Brunei itu merupakan antara tetamu jemputan dari luar negara bagi menghadiri istiadat tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini