Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) iaitu bintang kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Pengurniaan darjah kebesaran berlangsung pada Majlis Menghadap Sultan Brunei di Bilik Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. Sultan Hassanal turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K). kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Dalam istiadat itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan anugerah Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada isteri Sultan Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Penganugerahan darjah kebesaran itu mengimbau kembali detik sejarah ketika Yang di-Pertuan Agong ketujuh Almarhum Sultan Ahmad Shah, ayahanda kepada Sultan Abdullah mengurniakan darjah kebesaran tersebut kepada Sultan Hassanal pada Oktober 1980.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini