Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak cedera apabila alat memasak stimbot di sebuah restoran meletupdalam kejadian di Alam Mesra di Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.06 malam.

16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan ringan pada kulit akibat letupan dari dapur alat memasak stimbot ketika mula dihidupkan.

Manakala, mangsa kanak-kanak yang cedera telah dihantar orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di restoran berkenaan bagi memastikan tiada unsur bahaya.

Operasi ditamatkan pada pukul 9.41 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini