Sekurang-kurangnya 13 penghuni di sebuah bangunan pangsapuri perumahan awam di Philadelphia, Amerika Syarikat maut dalam kebakaran.

Ia gara-gara sistem alat pengesan kebakaran yang tidak berfungsi.


Tujuh kanak-kanak antara yang terkorban dalam insiden menyayat hati itu.

Terdapat empat alat pengesan kebakaran di dalam bangunan berkenaan namun kesemuanya gagal diaktifkan.

Ketika kejadian, 26 penghuni dilaporkan berada di dalam rumah berkenaan.

Jumlah mangsa yang terkorban dijangka meningkat.

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini