Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali.

Mahkamah turut menolak saman fitnah Ali dan keluarganya terhadap Hidayah, dengan kos RM13,000. Ketika membaca keputusan penghakimannya, mahkamah berkata, hantaran dibuat Ali Puteh dua tahun lalu sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan isteri arwah Abam Bocey.

Wakil Peguam Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, Balu Allahyarham Abam telah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga pada Mei 2020.

Ia berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Hidayah memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk.

Juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini