Selebriti, Alif Satar bersyukur berjaya mengumpul kira-kira RM50,000 dalam tempoh tiga jam bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Alif gembira ramai sudi menghulurkan sumbangan meskipun dia tidak  dapat turun padang membantu mereka yang terlibat.

Ia membuatkan pasukannya berjaya menyerahkan sumbangan dan bantuan kepada ramai penduduk terjejas.

Melalui sumbangan diterima, pihaknya menggunakan duit berkenaan untuk membeli barangan keperluan asas.

Bantuan juga setakat ini diberikan di sekitar Lembah Klang kerana kekangan dari segi keselamatan dan sebagainya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini