Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu nasyid Raihan, pastinya akan mengimbau lirik dan melodinya. Namun, kali ini, kumpulan tersebut telah memberi nafas baru menerusi lagu Sesungguhnya gandingan bersama Alif Satar. Sehingga kini, muzik video itu mendapat lebih satu juta tontonan selepas dimuat naik di YouTube beberapa hari lalu. Rata-rata netizen memuji lagu tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini