Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui mula mendekatkan diri dengan Allah sejak perkahwinannya dengan Bella Astillah terlerai. Menerusi hantaran di Instagram Ustaz Ebit Lew semalam, pendakwah bebas itu dilihat meluangkan masa bertemu Aliff di kediamannya di Singapura, selepas selesai berceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang, Johor.Jelas Ebit, dia kagum melihat kesungguhan Aliff apabila dimaklumkan sudah mula mendekati Allah, selain berusaha menjadi insan lebih baik.Terdahulu, Aliff dan Bella, berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini