Dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mementingkan isu hak asasi manusia dan demokrasi adalah tidak benar.

Perkara itu ditegaskan Pegawai Khas Perdana Menteri – Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau menyifatkan amalan demokrasi berada pada tahap amat baik sejak Datuk Seri Ismail Sabri menerajui negara, Ogos tahun lalu.

Perkara itu terbukti dengan Indeks Demokrasi 2021 oleh Economist Intelligence Unit, EIU yang meletakkan Malaysia di tempat ke-39 daripada 167 negara.

Pencapaian itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dengan 7.24 mata, mengatasi Indonesia 6.71 mata, Filipina 6.62 mata dan Singapura, 6.23 mata.

Datuk Seri Ismail Sabri juga telah berusaha memperbaiki kedudukan demokrasi negara menerusi pelbagai inisiatif transformasi.

Ini termasuk Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan meliputi Rang Undang-Undang, RUU Anti Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dan Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

13 September tahun lalu juga Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang telah dimeterai.Ia sebahagian langkah penambahbaikan sistem berkerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini