Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan agar orang ramai mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS) dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Jelas Khairy Jamaluddin di Twitternya, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kebanyakan kes baharu COVID-19 kini datang daripada kenalan rapat terutamanya keluarga dan rakan.

TRIIS adalah penting, terutamanya maklumkan kepada keluarga dan rakan jika anda telah disahkan positif supaya mereka boleh bertindak dengan segera dalam melakukan ujian kendiri.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut mengingatkan orang ramai agar meningkatkan perlindungan dari dijangkiti dengan penggunaan pelitup muka berganda ketika berada di luar mahupun tempat awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini