Amaran cuaca buruk oleh MetMalaysia yang dijangka berlarutan sehingga 28 Februari ini boleh mengakibatkan hakisan teruk di kawasan pantai berisiko di beberapa daerah di Terengganu.

Justeru Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersiap siaga menjalankan rondaan secara berterusan sepanjang tempoh tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Nerus, Kapten (PA) Zahidi Zainuddin berkata, 24 anggota ditugaskan bagi aktiviti pemantauan.

Kelajuan angin dijangka boleh mencecah 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini