MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini di seluruh Kelantan dan Terengganu.

Menerusi kenyataan MetMalaysia memaklumkan di Terengganu melibatkan kawasan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di seluruh Perlis, Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling.

Manakala di Perak meliputi Hulu Perak.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan untuk Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Terengganu meliputi Kemaman, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini