Amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlarutan hingga lewat hari ini di beberapa kawasan di Sarawak.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, kawasan berkenaan merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit.

Penduduk diminta mengambil langkah berwaspada terhadap sebarang kemungkinan dan bersiap sedia dipindahkan jika berlaku banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini