MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan atau peringkat bahaya, dijangka berlaku di Johor hari ini.

Ia membabitkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Amaran hujan berterusan kategori buruk hingga esok turut dikeluarkan.

Ia membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Situasi sama turut di jangka berlaku di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Pahang pula, membabitkan daerah Jerantut,Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Sementara di Sabah, melibatkan Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini