Biro Meteorologi Australia mengeluarkan amaran ribut dan fenomena La Nina.

Ia dijangka melanda kebanyakan kawasan di timur negara itu.

Menurut biro cuaca itu, situasi tersebut berkemungkinan akan berlangsung sehingga awal musim luruh Mac tahun depan.

Sebahagian New South Wales, Queensland dan Victoria telah pun mengalami hujan lebat serta banjir dan curahan hujan pada Oktober, iaitu lapan peratus melebihi paras normal.

Kejadian taufan tropika pertama Siklon Paddy direkodkan berlaku pada pagi Selasa di luar pantai Pulau Krismas.

Penduduk di seluruh Queensland dan New South Wales juga dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi hujan lebat dan ribut sepanjang musim panas.

Fenomena La Nina kali terakhir melanda Australia adalah pada musim panas 2010 dan 2012.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini