Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Hari Krismas esok.

Dalam kenyataan hari ini, Metmalaysia memaklumkan ramalan cuaca pada waktu pagi itu turut membabitkan beberapa kawasan di Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu dan dua kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Juga di Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman di Sabah pada waktu petang.

Bagi waktu malam pula, akan berlaku hujan di satu dan dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala Sarawak di Limbang, Miri dan Kapit, Sabah di Pantai Barat, Pedalaman, Tawau dan Sandakan serta Wilayah Persekutuan Labuan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini