Amerika Syarikat menggesa Korea Utara menghentikan ujian peluru berpandu yang tidak produktif.

Pyongyang juga diharap dapat memberi maklum balas positif mengenai permintaan Washington untuk mengadakan dialog.

Gesaan dibuat,  susulan tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari sebuah kapal selam,  Selasa lepas.

Presiden Joe Biden sebelum ini berjanji akan meneruskan usaha diplomasi namun dengan pendekatan yang lebih lembut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini