Amerika Syarikat didakwa membuang sekurang-kurangnya 15 juta dos vaksin COVID-19 kerana pelbagai sebab.

Laporan itu didedahkan NBC News yang memperoleh maklumat tersebut menerusi data dari farmasi, negeri dan pihak penyedia vaksin.

Pelbagai sebab diberikan termasuklah dakwaan bebuli retak, kesilapan mencairkan vaksin dan kerosakan fungsi penyejuk beku.

Turut dijadikan alasan, jumlah dos dalam bebuli melebihi bilangan penerima suntikan pada satu-satu masa selepas dibuka.

Amerika Syarikat sebelum ini dilapor menjanjikan 600 juta dos vaksin kepada negara berpendapatan sederhana dan rendah dan setakat bulan Ogos telah menyumbang 110 juta dos. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini