Selepas 20 bulan ditutup, Amerika Syarikat mula membuka semula sempadan darat dan udaranya kepada pelawat asing.

Kelonggaran terbabit sekali gus membolehkan keluarga yang terpisah kembali bertemu, selain merancakkan sektor pelancongan.

Sekatan dilaksana ketika pentadbiran bekas Presiden, Donald Trump pada awal 2020. 

Ia sering mendapat kritikan kerana perkara itu merupakan sesuatu yang tidak popular di Eropah dan negara jiran Amerika; iaitu Kanada dan Mexico. 

Larangan menjejaskan ratusan juta orang sehingga menjejaskan sosio-ekonomi rakyat. 

Meskipun perjalanan dari Amerika ke Eropah sudah dilakukan sejak musim panas, bagaimanapun penduduk asingnya yang memegang visa tertentu tidak mempunyai jaminan untuk dibenarkan masuk semula ke negara itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini