Amerika Syarikat mengumumkan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Ia dilakukan bagi membantah rekod hak asasi manusia China.

Bagaimanapun negara Uncle Sam itu akan tetap menghantar atletnya ke temasya sukan berkenaan.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki memaklumkan pentadbiran Biden tidak akan menghantar mana-mana wakil diplomatik atau rasmi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Boikot diplomatik terbabit bagaimanapun tidak disenangi Beijing,.

Negara tembok besar berkenaan mengancam untuk melaksanakan tindakan tegas sekiranya ia diteruskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini