Ini pula di Kota Tinggi, Johor, seekor anak gajah ditemui terperangkap di dalam sebuah longkang di sebuah ladang, berhampiran Stesen Penyelidikan Getah (LGM), pada Jumaat. Suasana sayu jelas dirasai apabila melihat ibu gajah itu tidak berganjak dari lokasi terbabit, sebaliknya mengeluarkan bunyi seolah-olah bersedih dengan kejadian yang berlaku. Bagaimanapun, satu pasukan dari Pejabat Perhilitan Bandar Penawar digegaskan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan sejurus dimaklumkan mengenainya, namun, anak gajah itu berjaya dikeluarkan oleh ibunya sendiri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini