Anak keempat kepada Allahyarham Mamat Khalid iaitu Mohd Khalid Amen tidak mahu legasi yang ditinggalkan bapa tercinta dalam bidang pengarahan berakhir begitu sahaja.

Amen, 25, akui kehilangan bapanya menjadi tamparan hebat buat dirinya dan beliau bertekad menyambung projek melibatkan arwah yang belum selesai.

Dia bersyukur apabila arwah sedikit sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang tersebut.

Amen berjanji untuk melakukan yang terbaik jika diberi peluang meneruskan projek berkenaan walaupun akui berasa gementar kerana projek yang ditinggalkan bapanya itu merupakan projek besar dalam industri filem.

Allahyarham Mamat Khalid meninggal dunia 24 Oktober lalu akibat serangan jantung meninggalkan seorang balu, dan lima cahaya mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini