Memiliki kucing bukanlah mudah seperti yang disangka lebih-lebih lagi kalau anda abaikan dia. Apa jadi jika haiwan si comel ini tidak mendapat perhatian tuannya?  

Berkemungkinan nasib anda sama seperti lelaki dalam video tular ini. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu dilihat sedang leka bermain permainan video dengan menggunakan komputer riba di atas katil.

Namun, tiba-tiba datang haiwan si bulus ini lalu menggigit bucu skrin komputer riba milik tuannya. Lebih mengejutkan, skrin tersebut tiba-tiba rosak akibat digigit anak kucing yang nakal itu. Perkongsian ini mendapat 1.6 juta tanda suka dan menerima lebih 17 juta tontonan oleh pelayar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini