Gelagat seekor anak kucing mengesat air mata tuannya yang menangis mencuri tumpuan ramai. Difahamkan, kanak-kanak itu menangis selepas dimarahi ibunya kerana enggan membuat kerja sekolah.

Seakan faham akan kesedihan tuannya, anak kucing tersebut menyapu air mata yang berguguran. Turut kedengaran dalam video terbabit, suara ibunya yang meminta kanak-kanak itu berhenti menangis. Adegan ini dirakamkan di bandar Suqian, Wilayah Jiangsu, China pada 17 November lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini