Seekor anak kucing dari Turki yang mempunyai empat telinga kini menjadi popular di Instagram.

Anak kucing bernama Midas ini mempunyai puluhan ribu peminat, walaupun akaun terbabit baru dibuka pada 13 Oktober lalu.

Menurut pemiliknya, Canis Dosemeci, Midas yang berumur empat bulan dan berwarna kelabu itu mempunyai empat telinga ekoran masalah mutasi genetik.

Katanya, meskipun Midas kelihatan sihat, ia masih perlu menjalani pemeriksaan, bagi memastikan tidak ada lagi mutasi genetik berada pada tubuh haiwan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini