Anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadapnya pada 2 Julai tahun lalu.

13 Jun tahun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah jenis THC.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel terletak di Kuala Lumpur pada Januari 2019.

Ahmad Saiful turut menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan ikat jamin RM9,000 dan seorang penjamin pada 24 Jun 2020.

Sepanjang prosiding perbicaraan bermula pada 15 Oktober dua tahun lalu, enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini