Haiwan merupakan makhluk yang mempunyai naluri yang sangat kuat dalam mengesan dan menghidu bahaya.

Ini dibuktikan menerusi perkongsian oleh seorang ikon Youtube barat, Sam Pepper di Instagramnya.

Video tersebut memaparkan dia sedang bersiar-siar bersama anjingnya pada waktu malam.

Namun tingkah laku haiwan peliharaannya itu menimbulkan keraguan tentang keselamatannya.

Tidak lama kemudian, anjingnya itu mula menghidu sesuatu di kawasan semak samun, ternyata seekor anak singa datang menerpa mereka.

Perkongsiannya itu meraih 25,000 tontonan di Instagram, dan rata-rata pengikutnya melemparkan komen agar mempercayai naluri haiwan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini