Hanya kerana berselisih faham, seorang lelaki bertindak luar jangka dengan menikam ibunya sendiri. Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 60 tahun cedera ditikam dengan keris. Kejadian berlaku 10.30 pagi tadi di Rancangan Perumahan Awam, Arau, Perlis.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, insiden disedari jiran mereka. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan. Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini