Penerbitan Analisis Data Raya melibatkan pasaran buruh akan meningkatkan kecekapan sektor pekerjaan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam usaha untuk pulih daripada COVID-19, data yang diterbitkan Jabatan Perangkaan itu menjadi rujukan penting khususnya bagi individu yang mencari peluang pekerjaan.

Rujukan itu juga penting kepada pemegang taruh seperti penggubal dasar dan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) sebagai usaha menangani isu ketidakpadanan dalam sektor buruh.

Datuk Seri Mustapa turut berharap, Analisis Data Raya akan menangani masalah struktur dalam pasaran buruh dan mengoptimumkan penggunaan bakat tempatan.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile oleh Jabatan Perangkaan secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini