Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh kerana ancaman bom, Rabu lalu.

Ancaman tersebut membabitkan penerbangan MH-196.

Memetik laporan New Age Bangladesh, Pengarah Eksekutif  Lapangan Terbang berkenaan, Kapten AHM Touhid-ul Ahsan berkata, pemeriksaan segera dan terperinci dilakukan sejurus pendaratan.

Pemeriksaan ke atas kesemua penumpang dan pesawat dilakukan pasukan bomba, anggota pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang dan Tentera Udara Bangladesh.

Walau bagaimanapun, tiada bom atau objek sepertinya ditemukan dan pihak berkuasa mengesahkan ancaman tersebut sebagai palsu

Berikutan kejadian itu, pasukan tentera tambahan dikerahkan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sekitar kawasan lapangan terbang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini