Jabatan Kemajuan Orang Asli akan memastikan pos penempatan Orang Asli yang terancam dengan serangan harimau belang cukup keperluan bekalan makanan.

Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan,Terengganu, Roslina Bun berkata, sejak sebulan lalu, tiga kali bantuan bekalan makanan asas telah disampaikan kepada penduduk kampung.

Pihaknya telah menyampaikan bantuan kepada tiga pos terjejas dengan serangan pak belang iaitu Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Belatim dengan jumlah keseluruhan 416 Ketua Isi Rumah.
 
Pelbagai pihak juga tidak putus-putus membantu kaum itu termasuk NGO dan pemimpin tempatan. 
 
Sebelum ini, lebih 2,000 penduduk Orang Asli di dua pos penempatan dinasihat menangguhkan aktiviti di dalam hutan susulan ancaman harimau belang yang masih berkeliaran di kawasan itu.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini