14 juta penduduk Tianjin, China dilarang keluar dari bandar itu tanpa kebenaran bagi membolehkan mereka melakukan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan secara besar-besaran.

Pihak berkuasa turut membatalkan perkhidmatan tren ke Beijing sebagai langkah mengawal penularan varian yang mudah merebak iaitu Omicron.

Tianjin yang bersebelahan degan lokasi Olimpik Musim Sejuk iaitu Beijing dan Hebei telah mengesahkan 10 lagi kes baharu melalui ujian saringan berkenaan.

China yang berdepan kenaikan mendadak kes COVID-19 turut melaksanakan pelbagai pendekatan termasuklah sekatan pergerakan yang menyebakan hampir 20 juta penduduk perlu berada di rumah.

Bandar Anyang menempatkan 5 juta penduduk menjadi lokasi ketiga dikenakan sekatan pergerakan.

Semua sektor perkhidmatan tidak penting ditutup dan kempen ujian saringan besar-besaran dilaksanakan.

Sebelum ini sekatan pergerakan telah dilaksanakan di bandar Xi’an dengan 13 juta penduduk dan Yuzhou 1.1 juta penduduk.

Beijing kini berada dalam tahap amaran tertinggi penularan baharu ditengah-tengah mereka sedang bersedia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk bulan depan.

Ia sekaligus memaksa pihak berkuasa menggunakan pelbagai strategi seperti sekatan pergerakan termasuk di sempadan dan pemanjangan tempoh kuarantin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini