Seorang anggota APMM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, atas 80 pertuduhan kes rasuah.

Mengikut pertuduhan, Azmawi Zakaria, 47 tahun didakwa menerima suapan berjumlah RM21,750 daripada seorang individu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan antara 16 November 2017 hingga 30 Mei 2019, di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan; yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
 
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Azmawi diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah tidak menetapkan tarikh sebutan semula kes.. susulan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Alor Setar, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini