Susulan bencana banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini, aset-aset negara dikerahkan untuk membantu mangsa-mangsa terjejas dari segenap aspek baik dari segi keselamatan dan kebajikan.

Tidak hanya berkhidmat menyelamatkan mangsa banjir, TDM melalui 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 Komp PKD) Mekanize turut membantu dalam penyediaan memasak dan membungkus makanan buat mangsa banjir.

Bantuan tersebut kemudian diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan penduduk sekitar yang terjejas banjir di Kuantan, Pahang.

Ujar TDM melalui sebuah hantaran di laman Facebook rasmi, penyediaan masakan secara gotong-royong ‘ala kenduri’ ini adalah misi bantuan kemanusiaan bersama pelbagai agensi yang terlibat demi kebajikan mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini