Co-Opbank Pertama, CBP membuka peluang kepada anggota sedia ada untuk menambah jumlah syer di bank koperasi berkuat kuasa 1 Jun 2022.

Pengerusinya Datuk Baharom Embi berkata, penambahan modal syer dalam kalangan anggota CBP ini dibuka hingga modal syer anggota CBP mencapai RM1 bilion berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’.

Tambahan modal syer ini hanya dibuka kepada anggota CBP sedia ada atau yang berdaftar sebelum 1 Jun 2022.

Bagi anggota individu, had maksimum adalah sebanyak RM50,000 termasuk baki sedia ada manakala had maksimum bagi anggota koperasi adalah RM100,000 termasuk baki syer sedia ada.

Pengumuman dividen pula akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.