Pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan berdepan detik cemas apabila diserang seekor harimau belang. Kejadian berlaku di Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang.

Bagi mempertahankan diri, tembakan terpaksa dilepaskan terhadap harimau belang seberat 120 kilogram itu.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani memaklumkan, tindakan itu bersesuaian  Seksyen 52, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana haiwan liar itu membahayakan nyawa manusia.

Bangkai harimau belang itu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan untuk tindakan lanjut.

Pasukan PERHILITAN terbabit berada di perkampungan orang asli Pos Bihai bagi melakukan pemantauan dan kawalan berikutan tiga ekor harimau belang dikesan berkeliaran dikawasan itu, sejak 10 Disember lalu.

Beberapa kaedah tangkapan dilaksana, termasuk menggunakan tembak pelali dan memasang perangkap.

Semalam, seorang penduduk orang asli kampung berkenaan ditemui maut, selepas dipercayai dibaham harimau belang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini