Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dari botnya ketika  keluar menangkap ikan di perairan Lekir, Sitiawan, Perak, pagi tadi.

Mangsa, Nurman Hafiz Nordin, 35 tahun, ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh pada pukul 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian  pada pukul 8.09 minit malam tadi.
 
Mangsa merupakan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih.
 
Ketika kejadian, mangsa bersama abang dan anak saudara dalam perjalanan pulang ke pelantar di Batu 8, Lekir selepas menangkap ikan sebelum bot dinaiki dikatakan bergoyang.
 
Abang mangsa cuba mencarinya tetapi gagal dan segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

Operasi bermula sejak malam tadi dihentikan pada pukul 9.30 pagi selepas mayat mangsa ditemui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini